Khamis, 1 Disember 2011

Air Terjun

[Waterfall]
Bahagian aliran sungai di mana air jatuh tegak ke bawah menurun satu cerun yang sangat curam. Air terjun mungkin terjadi dalam beberapa cara. Cara yang paling biasa ialah apabila batu tahan hakisan yang terletak merentasi sebuah lurah sungai tidak terhakis sementara batu-batan yang lebih lembut yang terletak lebih jauh ke hilir atau di bawahnya telah dihakis. Satu contoh air terjun yang terjadi secara ini ialah air terjun Niagara. Air terjun juga boleh terjadi di dataran tinggi, iaitu pada pinggirnya yang tajam dan nyata, (misalnya air terjun Zambesi), di sebuah gelinciran (misalnya Air terjun Victoria), di hujung lurah gantung dan kori (misalnya, Air terjun Yosmite), di hujung tebing tinggi curam yang mengadap laut dan di tempat di mana berlakunya tawanan sungai. Tanah runtuh dan aliran lava atau glasier boleh menyekat dan mengempang sungai dan menyebabkan terbentuknya air terjun yang kecil. Air terjun biasanya berundur dengan perlahan-lahan arah ke hulu sungai dan meninggalkansebuah jurang di tempat asalnya. Air terjun ini akan lenyap secara beransur-ansur apabila batu tahan hakisan atau halangan-halangannya habis terhakis. Air terjun sangat berguna untuk menjana kuasa hidroelektrik tetapi merupakan penghalang kepada pelayaran.
Gambar : Air Terjun Niagara
Air Terjun Niagara merupakan satu-satunya air terjun yang terkenal di dunia. Ia terletak di bahagian tengah Sungai Niagara. Sungai Niagara sebenarnya berpecah menjadi dua dan terjun sebagai dua air terjun. Sempada Kanada-Amerika syarikat memisahkan kedua-dua air terjun ini. Air terjun di sebelah Kanada dinamakan Air terjun Horseshoe. Ia terjun setinggi 48 meter (158 kaki). Air terjun di sebelah Amerika Syarikat pula terjun setinggi 51 meter (167 kaki). Air Terjun Niagara menjadi daya penarik pelancong yang penting.

Air Terjun Victoria terletak di sungai Zambezi daerah Zimbabwe, Afrika Selatan. Sedangkan sungai Zambezi terletak di dua negara, yaitu Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki ketinggian hingga 1200 meter. Penduduk setempat menamai air terjun ini “Mosi-Oa-Tunya”.
Gambar : Air Terjun Yosmite






Air Tanah

[Ground water]
Air tanah atau air freatik ialah air, terutamanya air hujan yang meresap melalui permukaan bumi dan berkumpul di dalam lubang rerambut, rekahan dan ruang-ruang pada batu hampar. Kebanyakan air ini tertankung dalam lingkungan beberapa ratus meter dari permukaan bumi kerana di sini terdapat banyak ruang di mana ia boleh berkumpul.

Lebih dari 98 peratus dari semua air di daratan tersembunyi di bawah permukaan tanah dalam pori-pori batuan dan bahan-bahan butiran. 2 peratus sisanya terlihat sebagai air di sungai, danau dan reservoir. Setengah dari 2 peratus ini disimpan di reservoir buatan. 98 peratus dari air di bawah permukaan disebut air tanah dan digambarkan sebagai air yang terdapat pada bahan yang jenuh di bawah muka air tanah. 2 peratus sisanya adalah kelembaban tanah.
Watertable2.jpg (41162 bytes)

Garisan bujur (longitud), Garisan Greenwich yang bernilai 0 darjah sebenarnya menjadi asas kepada pengiraan waktu tempatan di tempat lain di seluruh dunia. Greenwich dijadikan nama rasmi bagi garisan bujur Meridian Pangkal atau Garisan Greenwich Meridian bernilai 0 darjah.
.
Gambar : Garisan Greenwich Kedudukan Garisan Bujur Grenwich yang melalui Bandar Greenwich


Bandar Greenwich terletak kira-kira 6 batu dari bandar London merupakan bandar bersejarah serta menjadi kebanggaan warganya.Malahan kewujudanRoyal Greenwich Observatory atau Pemantauan Greenwich di bina kerana bandar ini membolehkan perbezaan waktu tempatan antara dua tempat di dunia dapat dikira. Kewujudan Pusat pemantauan ini pada asalnya dibina pada tahun 1675 untuk mengkaji bintang dan juga kedudukan garisan bujur.

Gambar : Bandar Greenwich, London, England
Bandar ini juga merupakan bandar yang diisytiharkan sebagai Tapak warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997 kerana keindahan senibina arkitek,keindahan taman serta keindahan bandarnya yang turut berhampiran dengan Sungai Thames yang terkenal



Waktu Piawai

[Standard Time)
Min waktu bagi setiap meridian tertentu, yang digunakan sebagai waktu bagi sesuatu kawasan sekitar meridian twrsebut. Waktu disetiap meridian berbeza sebanyak 4 minit dengan meridian disebelahnya. Untuk mengelakkan kekeliruan yang akan timbul akibat perbezaan-perbezaan masa yang kecil di antara kawasan-kawasan yang berhampiran, maka setiap kawasan yang terletak di dalam lingkungan zon tertentu. Satu zon waktu piawai mungkin meliputi satu negara atau beberapa buah negara. contohnya, semua negara-negara Eropah Barat menggunakan meridian greenwich sebagai meridian piawai dan waktu Min greenwich sebagai waktu piawai mereka. Bagi suatu negara yang meliputi jarak garis bujur yang besar, misalnya KRSS, ia terpaksa membahagiakan negara kepada beberapa zon waktu piawai. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, China juga mempunyai beberapa zon waktu piawai.
Peta Dunia : Zon Waktu Dunia

Waktu Min Greenwich

[greenwich mean time]
Waktu piawai untuk negara-negara Eropah, termasuklah Britain. Ia adalah waktu tempatan di Pusat Pemerhatian Greenwich di England yang mempunyai kedudukan garis bujur 0°. Waktu Min Greenwich (WMG) sering digunakan dalam kerja membuat jadual penerbangan kapal-kapal terbang dan laporan meteorologi.
Longitude - Start of Greenwich Mean Time (GMT)

Waktu Min Greenwich (GMT) kini digunakan untuk merujuk kepada zon masa Waktu Semesta Berkoordinat (UTC). GMT dahulunya merujuk kepada waktu min suria di Balai Cerap Diraja, Greenwich, London.

Fail:Greenwich clock.jpg
Gambar : Jam Greenwich
Rajah : Garisan Meridian Greenwich

Rabu, 30 November 2011

Ventifact

Ketul-ketul batu dengan permukaan yang licin dan bergilap serta segi-segi yang tajam. Ia didapati di kawasan gurun di mana ia dihasilkan oleh hentaman zarah-zarah pasir yang diterbangkan oleh angin. serpihan-serpihan batu yang kecil dan ringan dipindahkan oleh angin sementara ventifact yang lebih berat tertinggal di belakang.
Ventifact dengan tiga permukaan yang nyata dipanggil dreikenter dan ia didapati dengan banyaknya di gurun sahara. Permukaan-permukaan pasa ventifact dihasilkan akibat tiupan angin dari arah-arah yang berlainan. Ketul-ketul batu ini, apabila dipadukan dengan kukuh dan rapat dan dihakis oleh lelasan angin, membentuk turapan gurun

Ventifacts are stones fashioned into highly-polished conical shapes by wind-driven sand. They can be seen at Waiinu Beach, north-west of Whanganui, where they are protected and must not be removed from the dunes.
Unusually large dreikanter of granite, Sweetwater County, Wyoming. This dreikanter measures 71 cm by 46 cm deep and 37 cm wide. Photo by Bradley, W.H., USGS (1930)


Wadi

Lurah yang dalam, berdasar rata dan bersisi curam aeperti sebuah saluran sungai yang biasanya kering, terdapat di kawasan gersang. Ia dibentuk oleh aliran air yang deras yang mengalir di sepanjang lurah tersebut sambil menghakisnya setelah berlaku hujan lebat. Walau bagaimanpun, aliran seperti ini jarang berlaku disebabkan oleh kekurangan hujan di kawasan gersang. Saluran seperti ini dikenali sebagai chebka di Algeria. Lihat juga arroyo dan nullah.
Gambar :

Wadi Qelt, Jericho, Palestin


Gambar :
Gambar :

Wadi-Shab, Oman