Khamis, 1 Disember 2011

Garisan bujur (longitud), Garisan Greenwich yang bernilai 0 darjah sebenarnya menjadi asas kepada pengiraan waktu tempatan di tempat lain di seluruh dunia. Greenwich dijadikan nama rasmi bagi garisan bujur Meridian Pangkal atau Garisan Greenwich Meridian bernilai 0 darjah.
.
Gambar : Garisan Greenwich Kedudukan Garisan Bujur Grenwich yang melalui Bandar Greenwich


Bandar Greenwich terletak kira-kira 6 batu dari bandar London merupakan bandar bersejarah serta menjadi kebanggaan warganya.Malahan kewujudanRoyal Greenwich Observatory atau Pemantauan Greenwich di bina kerana bandar ini membolehkan perbezaan waktu tempatan antara dua tempat di dunia dapat dikira. Kewujudan Pusat pemantauan ini pada asalnya dibina pada tahun 1675 untuk mengkaji bintang dan juga kedudukan garisan bujur.

Gambar : Bandar Greenwich, London, England
Bandar ini juga merupakan bandar yang diisytiharkan sebagai Tapak warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997 kerana keindahan senibina arkitek,keindahan taman serta keindahan bandarnya yang turut berhampiran dengan Sungai Thames yang terkenal



Tiada ulasan:

Catat Ulasan