Khamis, 1 Disember 2011

Air Terjun

[Waterfall]
Bahagian aliran sungai di mana air jatuh tegak ke bawah menurun satu cerun yang sangat curam. Air terjun mungkin terjadi dalam beberapa cara. Cara yang paling biasa ialah apabila batu tahan hakisan yang terletak merentasi sebuah lurah sungai tidak terhakis sementara batu-batan yang lebih lembut yang terletak lebih jauh ke hilir atau di bawahnya telah dihakis. Satu contoh air terjun yang terjadi secara ini ialah air terjun Niagara. Air terjun juga boleh terjadi di dataran tinggi, iaitu pada pinggirnya yang tajam dan nyata, (misalnya air terjun Zambesi), di sebuah gelinciran (misalnya Air terjun Victoria), di hujung lurah gantung dan kori (misalnya, Air terjun Yosmite), di hujung tebing tinggi curam yang mengadap laut dan di tempat di mana berlakunya tawanan sungai. Tanah runtuh dan aliran lava atau glasier boleh menyekat dan mengempang sungai dan menyebabkan terbentuknya air terjun yang kecil. Air terjun biasanya berundur dengan perlahan-lahan arah ke hulu sungai dan meninggalkansebuah jurang di tempat asalnya. Air terjun ini akan lenyap secara beransur-ansur apabila batu tahan hakisan atau halangan-halangannya habis terhakis. Air terjun sangat berguna untuk menjana kuasa hidroelektrik tetapi merupakan penghalang kepada pelayaran.
Gambar : Air Terjun Niagara
Air Terjun Niagara merupakan satu-satunya air terjun yang terkenal di dunia. Ia terletak di bahagian tengah Sungai Niagara. Sungai Niagara sebenarnya berpecah menjadi dua dan terjun sebagai dua air terjun. Sempada Kanada-Amerika syarikat memisahkan kedua-dua air terjun ini. Air terjun di sebelah Kanada dinamakan Air terjun Horseshoe. Ia terjun setinggi 48 meter (158 kaki). Air terjun di sebelah Amerika Syarikat pula terjun setinggi 51 meter (167 kaki). Air Terjun Niagara menjadi daya penarik pelancong yang penting.

Air Terjun Victoria terletak di sungai Zambezi daerah Zimbabwe, Afrika Selatan. Sedangkan sungai Zambezi terletak di dua negara, yaitu Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki ketinggian hingga 1200 meter. Penduduk setempat menamai air terjun ini “Mosi-Oa-Tunya”.
Gambar : Air Terjun Yosmite






Tiada ulasan:

Catat Ulasan