Sabtu, 17 April 2010

afelion

[aphelion]
Kedudukan yang paling jauh dari matahari pada orbit sesebuah planet atau komet yang mengelilingngi matahari. Kewujudan afelion adalah disebabkan oleh orbit planet-planet yang berbentuk elips. Contohnya, bumi terletak lebih kurang 4.8 juta km (3 juta batu) lebih jauh daripada matahari sewaktu berada di afelion berbanding dengan sewaktu ia berada di perihelion orbitnya. Bumi tiba di afelion pada musim panas di Hemisfera Utara bilamana ia menerima lebih banyak sinaran terus matahari . Sinaran terus matahari ini menghasilkan insolasi yang lebih kuat, waktu siang yang lebih panjang dan haba yang diterima oleh bumi mencapai takat maksimum. Keadaan adalah bertentangan apabila bumi berada diperihelion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan