Selasa, 20 September 2011

KOORDINAT

Satu kaedah untuk menentukan kedudukan mutlak sesuatu objek. Koordinat merujuk kepada titik persilangan antara lajur (garisan menegak) dan baris (garisan mendatar).

Sistem koordinat geografi

Sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat dalam sistem koordinat sfera yang dijajarkan dengan paksi putar Bumi.

Dimensi pertama dan kedua: Latitud dan longitud

Meminjam daripada teori-teori Babylonia kuno yang kemudian dikembangkan oleh Ptolemy, pemikir dan ahli geografi Yunaniyang termasyhur, satu bulatan penuh dibahagikan kepada 360 darjah (360°).

  • Latitud (singkatan: Lat.) ialah sudut pada pusat sistem koordinat di antara mana-mana titik di permukaan bumi dengan satah khatulistiwa. Garis yang mengaitkan titik-titik yang terletak pada latitud yang sama melakarkan bulatan-bulatan sepusat pada permukaan bumi, dan dipanggil keselarian. Setiap kutub ialah 90 darjah: kutub utama ialah 90° U, manakalakutub selatan ialah 90° S. Keselarian latitud 0° dipanggil "khatulistiwa", satu garis hayalan yang membahagikan bumi menjadi Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.
  • Longitud (singkatan: Long.) ialah sudut timur atau sudut barat pada pusat sistem kordinat di antara mana-mana titik di permukaan bumi dengan satah satu garis utara-selatan sembarangan (di antara kedua-dua kutub geografi). Garis yang mengaitkan titik-titik yang terletak pada longitud yang sama dipanggil meridian. Kesemua meridian merupakan separuh bulatan gedang dan adalah tidak selari: mengikut takrif, kesemua garis ini bertemu di kutub-kutub utara dan selatan. Garis yang merentasi (bekas) Balai Cerap Diraja, Greenwich (berhampiran dengan London di United Kingdom) ialah Meridian Perdana, garis rujukan longitud-sifar antarabangsa. Meridian antipod Greenwich merupakan kedua-dua 180° B dan 180°T.
  • Fail:WorldMapLongLat-eq-circles-tropics-non.png
Peta Bumi yang menunjukkan garis-garis latitud (garisan lintang) dan longitud(garisan bujur), unjuran Eckert VI; versi besar (pdf, 1.8MB)

Dengan menggunakan kedua-dua sudut ini, kedudukan mendatar untuk mana-mana lokasi di Bumi boleh ditetapkan. Umpamanya, Baltimore, Maryland di Amerika Syarikat mempunyai latitud 39.3° Utara, dan longitud 76.6° Barat (39.3° U 76.6° B). Oleh itu, suatu vektor yang dilukis dari pusat bumi ke titik 39.3° di utara khatulistiwa dan 76.6° di barat Greenwich akan merentasi Baltimore.

"Jejaring" latitud/longitud dikenali sebagai gratikul (garis unjur) biasa. Terdapat juga gratikul melintang pelengkap (iaitu gratikul yang dianjakkan sebanyak 90° supaya kutub-kutubnya terletak pada khatulistiwa mendatar), dengan kesemuatrigonometri sfera akhirnya mendasarkannya.

Secara tradisi, darjah dibahagikan kepada minit (1/60 darjah yang diberikan simbol ′ atau "m") dan saat (1/60 minit yang diberikan simbol ″ atau "s"). Terdapat beberapa format untuk darjah, dengan kesemuanya mengikut urutan Lat-Long yang sama:

  • DMS Darjah:Minit:Saat (49°30'00"-123d30m00s)
  • DM Darjah:Minit (49°30.0'-123d30.0m)
  • DD Darjah Perpuluhan (49.5000°-123.5000d) yang umumnya dinyatakan dalam 4 nombor perpuluhan.

Untuk menukarkan format DM atau DMS kepada format DD, darjah perpuluhan = nombor bulat darjah + minit yang dibahagikan dengan 60 + saat yang dibahagikan dengan 3600. Format DMS merupakan format yang paling biasa, dan telah dijadikan piawai untuk semua carta dan peta, serta juga sistem-sistem penentududukan sejagat dan sistem-sistem maklumat geografi.

Khatulistiwa ialah satah asasi untuk semua sistem koordinat geografi. Semua sistem koordinat sfera mentakrifkan satah asasi masing-masing berdasarkannya.

Nilai-nilai latitud dan longitud boleh berdasarkan berbagai-bagai sistem geodesi atau datum yang berbeza. Yang paling umum ialah WGS 84 yang digunakan oleh semua kelengkapan GPS. Dengan kata yang lain, titik yang sama pada permukaan bumi boleh dihuraikan dengan menggunakan berbagai-bagai nilai latitud dan longitud yang berbeza, bergantung kepada datum rujukan yang digunakan.

Dalam perisian GIS yang popular, data latitud/longitudnya sering ditetapkan berdasarkan sebuah 'Sistem Koordinat Geografi'. Umpamanya, data latitud/longitud yang berdasarkan Datum Amerika Utara 1983 dirujuk sebagai 'GCS Amerika Utara 1983'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan