Cerun Tekanan
[pressure gradien]
Kadar perubahan tekanan atmosfera secara mendatar pada arah-arah tertentu pada permukaan bumi. Ia ditunjukkan oleh kedudukan garisan-garisan setekanan udara (isober) pada carta cuaca. Garisan-garisan setekanan udara yang tersusun rapat menandakan cerun tekanan yang curm, iaitu kadar perubahan tekanan yang cepat dari satu titik ke titik yang lain dalam arah bersudut tepat dengan garisan setekanan udara. Sebaliknya, garisan-garisan yang tersusun jauh di antara satu sama lain menandakan ceru tekanan yang landai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan