Isnin, 19 April 2010

ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi yang mengakibatkan perbezaan tekanan udara(tekanan tinggi ke tekanan rendah) di sekitarnya. Masa dan skala angin berbeza-beza, dari bayu setempat selama beberapa minit hinggalah angin sejagat selama beberapa hari.
Apabila dipanaskan, udara mengembang. Udara yang telah mengembang menjadi lebih ringan sehingga naik. Apabila hal ini terjadi, tekanan udara turun kerana udaranya berkurang. Udara dingin di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan rendah tadi. Udara yang naik tadi menyusut menjadi lebih berat dan turun ke tanah. Di atas tanah udara menjadi panas lagi dan naik kembali. Aliran naiknya udara panas dan turunnya udara dingin ini dinamakan perolakan.






Faktor terjadinya angin
Kecerunan barometrik
Bilangan yang menunjukkan perbezaan tekanan udara daripada 2 isobar yang jaraknya 111 km. Semakin besar kecerunan barometrisnya angin semakin cepat.



Tempat
Kelajuan angin di khatulistiwa lebih cepat daripada lainnya.



Tinggi tempat



Semakin tinggi tempat, semakin kencang pula angin angin bertiup.



Waktu
Di siang hari angin bergerak lebih cepat daripada di malam hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan