Istilah Hawaii yang merujuk kepada lava bongkah dan disebut sebagai ah-ah. Ia merupakan sejenis lava yang telah memejal dengan rupa yang bergerigi. Ia terbentuk di atas longokan lava yang hampir terhablur dari mana gas-gas menyerbu keluar secara tiba-tiba. Ini sebahagian disebabkan oleh kesan seretan yang dihasilkan oleh bahan-bahan lebur di bawah lapisan kerak yang sedang mengeras. Lava ini berbeza daripada pahoehoe yang terbentuk semasa lava ini memejal pada suhu yang sangat tinggi bilamana gas-gas dibebaskan secara senyap dan lava mengeras dengan menghasilkan permukaan yang lincin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan